Wednesday, 23 April 2014

SEJARAH SEKOLAH


SMU (A) Tarbiah Islamiah mula ditubuhkan pada tahun 1979, yang diasaskan oleh Ustaz Hj. Abdul Kadir Bin Abu Bakar. Manakala beliau juga merupakan pengetua atau mudir di sekolah. Keluasan sekolah ini dianggarkan sebanyak 3 ekar 123 depa yang terletak bersempadan dengan jalan utama ke Rantau Panjang, manakala bahagian tepi dan belakang sekolah berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk.

Pada peringkat awal, sekolah ini didirikan diatas tapak surau di Kampug Kuala Kajang. Bilangan pelajarnya seramai 40 orang dan 2 orang guru pembimbing yang sangup berkhidmat tanpa dibayar gaji. Manakala pada tahun 1980 dengan bantuan pihak kerajaan negeri yang ditadbir oleh Dato Hj Mohd Bin Yakob pihak sekolah telah menerima bantuan sebanyak RM40 ribu melalui JASA atau pada masa kini dikenali sebagai Yayasan Islam Kelantan (YIK). Melalui bantuan tersebut Ustaz Hj Abdul Kadir Bin Abu Bakar atau nama gelarannya Ustaz Soh telah membeli sebidang tanah seluas tiga hektar dan membina bangunan sekolah dengan bantuan penduduk kampung.

Tujuan utama penubuhan atau pembinaan sekolah ini adalah untuk menampung keperluan pelajar-pelajar beraliran agama. Hal ini kerana pada masa itu tidak ada sekolah beraliran agama di kawasan ini, yang ada hanyalah sekolah menengah biasa yang terletak kira-kira 25 kilometer dari kampung ini. Di samping itu juga ketiga-tiga kampung ini mempunyai majoriti penduduk bumiputera Melayu yang kebanyakan mereka adalah petani dan penoreh getah yang miskin dan tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka keluar dari kampung ini kerana kos perbelanjaan dan sebagainya amat membebankan mereka.

Selaras dangan cita-cita negara bagi melaksanakan dasar celik agama dan hasrat ibubapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dan berilmu, maka sekolah Menengah Agama (Arab) Kampung Kuala Kajang adalah perlu untuk merealisasikan hasrat tersebut.  

No comments:

Post a Comment